BUAT TOK GURU TERSAYANG : 18 TAHUN MEMERINTAH

TABUNG BLOGGER

Sumbanglah RM1 untuk Tabung Bloggers !Tanggal 15.3.09 al-banjari online melancarkan Tabung BloggersNetwork@P.59. Sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank di bawah : Akaun Maybank: (atas nama Mohd Nazib bin Abdul Ghani) MayBank : 158417021317 Status terkini sumbangan untuk Tabung sila http://politikbanjar.blogspot. com No.Tel wak : 012-4026129/ MSK 013-5935721 email wak : albanjari_online@yahoo.com

SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN RUMAH ALLAH

Salam Ukhuwwah...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

http://masjidtokguru.blogspot.com/

(MOHON KERJASAMA KESEMUA BLOGGER PR UNTUK MENGIKLANKAN IKLAN INI DIBLOG ANDA...BERSAMA MEMBANTU MEMBINA JEMAAH YANG SOLEH)

Terima kasih

:: Untuk Semakan & Pengesahan

::.. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Kelantan : MDTM/OSC/PB/08/121

::.. atau hubungi Bahagian Perancangan & Bangunan MDTM di talian 09 955 6023 / 09 955 6026 samb. 126
untuk keterangan lanjut.
---------------------------------------------------------------
::.. Pertanyaan mengenai akaun bank, boleh hubungi pihak BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Cawangan Tanah Merah di talian ( 09 955 8341/2341/2348 ) / akaun no 03-054-01-002190-3
---------------------------------------------------------------
::. Hubungi En. Zaliman Bin Zakaria ( Penyelia Projek ) - 013 991 9083 & 013 920 1312

Kepada yang ingin menderma melalui Cek, Wang Pos, Kiriman Wang dan sebagainya, sila tujukan kepada "Bendahari Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" , di alamat No 38, Lorong 2, Kg Manal 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Isnin, 2009 November 30

TGNA MB KAMI....!!!!!!

oleh : Malaysia Insider

KOTA BARU, Nov 30 — “Saya tidak akan lepaskan jawatan... kecuali disebabkan keuzuran sangat.” Demikian tegas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) meskipun bertubi-tubi diasak agar melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar ekoran siri krisis yang melanda kerajaan negeri kebelakangan ini.

Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.

Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.

Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.

“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.

Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.

Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.

Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.

Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.

“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz.

SUSULAN DOA TGNA UNTUK NAJIB

oleh : AL HUSSEYN


Heboh dipersoalkan tentang doa Tuan Guru Nik Aziz kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Tok Mufti dan Pak Menteri masing-masing berebut nak bodek Najib konon!Nampaknya mereka ini mulai gerun kepada doa orang-orang yang dizalimi!Macamana tidak gerun

Anda bayangkanlah, bukan Tok Guru Nik Aziz seorang sahaja yang berdoa demikian, malah seluruh rakyat Kelantan yang menuntut hak royalti tersebut dan yakin mereka sedang dizalimi turut mengaminkan doa tersebut. Doa orang yang dizalimi, Allah angkat hijjabnya dan mudah dimakbulkan! Masya' Allah!

Betapa pula rakyat di Monggolia.Tentu seluruh rakyat negeri itu menyokong TGNA yang mendoakan kemusnahan Najib! Mereka dah lama doakan kemusnahan Najib.Dalam berjuta-juta yang berdoa dan yang yang mengaminkan itu, cukuplah Allah kabulkan doa seorang sahaja daripada makhluknya itu.Hanya cepat dan lambatnya sahaja.Allah Maha Perkasa akan tentukan.

Ah! duit komisyen banyak...duit untuk PI Bala RM5juta itu pun masih kat tangan lagi...apa salah buat kenduri doa mohon selamat tiap-tiap hari ...lembu kerbau ada yang sponser nanti...nak mandi bunga pun boleh minta
Bright Spark Sdn Bhd yang beroperasi di Ampang hantarkan bunga seribu macam jenis

Ah! apa perlu susah-susah sangat.Ada yang kata Najib ada menyimpan sekuntum bunya bonzai yang mekar bugar.Sekuntum bunga Raflessia?/end

DOA TGNA BUAT NAJIB

Ahad, 2009 November 29

BTN VS PAKATAN RAKYAT...!!!!

Selepas Kerajaan PR Selangor mengHARAMkan BTN kepad kakitangan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang mengambil langkah yang sama...Kelantan, Kedah bila pulak...???Perak tak pa,special kes,tunggu mamak mandela 786 kena "kick" dengan mahkamah dulu,lepas tu, boleh on jugak la...hahaha..

BTN = BiroTarbiahNajib

WA CHOW SIN(ala - ala de anje)

TGNA PERTAHANKAN DOA BELIAU...!!!AKU SOKONG TGNA.....!!!!!!!


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. - BERNAMA

Sabtu, 2009 November 28

KERAJAAN PR PULAU PINANG HARGAI HUFFAZ , KERAjaan UMNgOk HABUK PUN TAKDAK...!!!!




Baca sampai habis - kehebatan Kerajaan Pulau Pinang

Seramai 137 penghafaz Al-Quran atau Hafiz di Pulau Pinang diberi penghargaan oleh kerajaan negeri dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Seri Pulau Pinang, kelmarin.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang,YAB Lim Guan Eng, pemberian anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan kepada mereka yang berjaya menghafaz sepenuhnya AL-Quran
Ayid> Lim Guan Eng, nampaknya yang menghargai Penghafal Alquran. Bagaimana dengan SAR hingga kini terpingir

dalam membentuk insan yang bertaqwa, sebagai pemangkin ekonomi negeri.
Jelas beliau, walaupun wujud kepelbagaian agama di negara ini khususnya di Pulau Pinang tetapi beliau berpegang kepada hakikat bahawa kesemua agama mengajak penganutnya ke arah kebaikan dan kesejahteraan.

Tambah beliau, Kerajaan negeri memberi pengiktirafan ini kerana percaya bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang penghafal Al-Quran kerana ia memerlukan disiplin dan komitment yang tinggi dan hanya insan-insan berjiwa besar serta berkeperibadian mulia mampu melakukanya.

Penyampaian anugerah kepada para hafiz dan hafizah ini telah dimulakan sejak tahun 2008 dalam usaha melahirkan ramai para hafiz di negeri ini.Setiap penerima anugerah diberikan sijil penghargaan dan wang tunai RM 500 setiap seorang

Turut hadir dalam majlis penyampaian anugerah kepada 137 para hafiz dan hafizah, Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Bin Abbas,Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Haji Mohamad Sabu.

Lim Guan Eng percaya dengan lahirnya para hafiz dan hafizah di negeri Pulau Pinang ini akan dapat melahirkan insan yang berintegriti tinggi serta melahirkan masyarakat yang harmoni dan dinamik.

Sumber

PR SELANGOR CADANG BELI RUMAH UNTUK BANTU RAKYAT YANG MEMERLUKAN

oleh : KGB




























Kerajaan Negeri Selangor akan membeli unit-unit rumah Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) yang akan dilelong bank sekiranya hutang-hutang sewa tidak dapat dilangsaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar, isu ini sedang dibincangkan oleh kerajaan negeri untuk mencari jalan membantu penghuni-penghuni PPRT di Selangor.

Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.

Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.

"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".

Beliau berkata demikian kepada media dalam satu majlis di Klang, hari ini.

Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan.

"Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin," katanya.

Walaubagaimanapun, cadangan ini masih dalam perbincangan kerajaan negeri. –Hadri Yaziz.

LOTERI DI"SAH"KAN HALAL....!!!!!

Majlis UMNgOk telah mengesahkan yang LOTERI adalah HALAL dan SAH disisi agama ISLAM HADHARI...!!!!!-+selanjutnya disini

BUKAN ISLAM RETI MENILAI, YANG ISLAM( SPESIS UG UMNgOk ) PULAK JADI BENGAP UBI...!!!!!

oleh : SayNoToMunafiqeen
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, tiada siapa dapat menyangkal Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat seorang pemimpin yang memerintah dengan bersih, beriman dan budiman. Katanya, pandangan tersebut turut dikongsi oleh orang bukan Islam bukan saja di Kelantan tetapi di seluruh negara.

"Bagi bukan Islam pun menganggap beliau seorang yang bersih dan mempunyai keutuhan integriti dan kerana itu beliau layak menjadi pemimpin. Hakikatnya Kelayakannya itu tidak ada yang dipertikaikannya.

"Orang bukan Islam tidak keberatan untuk menerima Tok Guru (Nik Aziz) kerana beliau sudah membuktikan dirinya seorang yang berintegri berakhlak tinggi dan bermoral," kata Tan Seng Giaw kepada Harakah.

Beliau berkata, mereka percayakan Tok Guru Nik Aziz kepada nilai-nilai yang termaktub dalam al-Quran iaitu seorang yang adil, jujur tanpa mengira kaum, warna kulit dan kawasan.


Malah katanya mereka percaya sepanjang 20 tahun Mursyidul Am PAS itu memerintah Kelantan beliau berjaya menolong semua kaum.

Ujar Tan Seng Giaw lagi, berdasarkan asas tersebut Tok Guru Nik Aziz diterima sekali pun tanpa modal dan hasil dari Kerajaan Pusat.

Katanya, dalam keadaan yang sedemikian Menteri Besar itu boleh kekal memerintah lebih dua dekad dengan berkesan walaupun tanpa peruntukkan dari Kerajaan Pusat.

Tan Seng Giaw yang juga anak jati Kelantan berkata, Tok Guru Nik Aziz tidak menerima rasuah dan tidak mementingkan diri sendiri tetapi mengutamakan rakyat dan negeri Kelantan.

"Itulah yang istimewanya, beliau berpolitik untuk berkhidmat bukan untuk personal dan sebagai seorang ahli politik beliau memberi sumbangan dan berkhidmat untuk rakyat bukan menjadi ahli politik untuk mengaut keuntungan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kepong. -www.zulmamakpng.blogspot.com / harakah.

GERANGAN " KOLONEL MAT "..??

oleh : TOL

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan pentadbiran negeri dan dalam PAS sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.

Malah Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS percaya bahawa seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.

Bagaimanapun beliau, Pesuruhjaya PAS Kelantan enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai ‘Kolonel Mat’.

“Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A.

“Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih,” kata beliau di sini semalam.. Bagaimanapun beliau yang dipetik Utusan Malaysia enggan mengulas lebih lanjut mengenai polemik yang timbul termasuk isu siapa bakal penggantinya.

Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini kelmarin mendakwa sudah ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar dan daripada kerajaan PAS Kelantan.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Nik Aziz tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.

“Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

“Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

“Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

“Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

“Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,” kata beliau dipetik Harakah Daily.